1. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya
2. Tiap bertambah amalnya, bertambah congkaknya
3. Tiap bertambahnya umurnya, bertambah pula lobanya kepada harta
4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya
5. Tiap bertambah pangkat dan keduduknya, bertambah jauhnya dari orang ramai
Tiap orang akan memperoleh kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain.
Timbulkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang itu sebelum anda mengemukakan kesukaan anda
Memaparkan catatan dengan label Haji Azmi. Papar semua catatan

Isnin, November 16, 2009
Selasa, Oktober 27, 2009
DOSA MEROSAKKAN HATI
Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan jahat. maka jadilah hati sepeti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".
Hakikatnya orang yang melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadanya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Mas'ud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: " Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya.
Sesungguhnya juga kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
Oleh yang demikian, hampirlah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.
Marilah kita renung bersamat-sama agar ianya menjadi pengajaran dalam kehidupan kita.Wassalam....

Labels:
Haji Azmi
Rabu, Oktober 21, 2009
KEUNTUNGAN MUKMIN
Daripada Suhaib Ibni Sinan; Sabda Rasulullah s.a.w.: Keadaan seorang mukmin adalah mengagumkan, sekalian pekerjaannya adalah kebaikan untuknya. Kelebihan tersebut hanya untuk mereka bukan untuk orang lain, Sekiranya dia memperoleh kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu adalah kebaikan untuknya dan sekiranya dia ditimpa kesusahan atau bala bencana dia tetap bersabar, maka yang demikian itu juga adalah kebaikan(dapat pahala) untuknya (riwayat Muslim).
Maksudnya;
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan rasa kagumnya terhadap setiap orang mukmin. Segala urusannya adalah menguntungkannya sekiranya dia dikurniakan nikmat kesenangan dia bersyukur dan tidak akan menderhaka Tuhannya dengan nikmat pengurniaan tersebut, malah digunakan nikmat itu kejalan yang diredhai Allah. Dan sekiranya dia ditimpa bala bencana atau kesusahan hidup dia tetap menerimanya degan penuh sabar, maka untuknya juga pahala ganjaran yang berlipat ganda. Demikianlah keadaan mereka yang faham dalam agama dan arif dengan Tuhannya.
Kesimpulannya
Bersyukurlah bila memperoleh nikmat ksenangan dan bersabarlah ketika menghadapi kesusahan dan ujian Allah s.w.t. disamping terus berusaha. Demikianlah tanggungjawab hamba yabg faham dan benar-benar beriman. Wassalam...

Isnin, Oktober 19, 2009
HAKIKAT SYUKUR PADA ALLAH SWT
Lima asas utama seseorang yang benar bersyukur iaitu;
1. Merendah diri di hadapan yang ia syukuri (Allah)
2. Rasa cinta terhadap pemberi nikmat (Allah)
3. Mengakui seluruh nikmat yang dia berikan
4. Setiasa memujinya atas nikmat yang diberikan
5. Tidak menggunakan nikmat untuk sesuatu yang dibenci oleh Allah
"Syukur itu dengan Hati, Lisan dan Anggota Badan"

Ahad, Oktober 18, 2009
TENANGKAN HATI, LEMBUTKAN HATIMU
1. Puteri Rasulullah SAW, Fatimah az-Zahrah bertanya kepada ayahandanya tentang wanita yang dijamin masuk syurga dan Baginda menunjukkan seorang wanita tanpa menceritakan ciri-ciri yang dimiliki oleh wanita tersebut. Demi mendapatkan jawapan, Fatimah menziarahi wanita itu dan melalui beberapa detik pengalaman. Apa yang beliau dapati sebenarnya sangat mudah bagi seorang wanita yang menjadi isteri untuk memasuki syurga; menunggu kepulangan suami dari bekerja dengan penuh sabar dan bercantik-cantik untuk suami, mendapatkan izin daripada suami untuk membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan hak suami dan menawarkan diri untuk dihukum sekiranya pada anggapan suami, dia telah berbuat salah.
2- Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......
3- Seringkali kita mengutamakan kehendak manusia daripada kehendak ALLAH, seringkali juga kita utamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah, acapkali juga kita nyatakan Syurga idaman kita tetapi amalan kita jauh dari amalan penghuninya, ketahuilah Syurga Allah itu terlalu mahal harganya memerlukan pengorbanan yang tak berkesudahan namun kemanisan di akhirnya mampu mengubati keperitan...Ya Allah, bimbinglah kami menuju kepada Mu, AAMIIIN
4- Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM-
5- Sahabatku.. jangan kau berjalan di belakang ku kerana aku mungkin bukan seorang pemimpin yang baik, jangan pula berjalan di hadapan ku kerana ku mungkin bukan seorang pengikut yang setia.. tapi berjalanlah seiring denganku kerana kita mungkin bisa menjadi teman yang baik...
6- "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
7- Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan, ambillah waktu untuk bermain , itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi, ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan, ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan, ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan, ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan, ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga..."
8- Sabda Nabi S.A.W : Ikktharu bilmauti Zikra (Perbanykkan mengingati MATI)... Biar hidup ada tujuan dan garis panduan..Menanti di barzakh..!!!
Mudah-mudahan kita semua menjai insan yang bahagia di dunia dan akhirat.

Khamis, Oktober 15, 2009
CINTA SEJATI
Seorang hamba sahaya bernama Ysauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. katanya " Ya Rasululllah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.
Mendengar kata Ysauban, baginda terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud " Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman". Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Tauladan dari kisah ini;
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan Nabi, InsyAllah kita bersama Nabi di akhirat nanti. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan kerana Allah swt.
Wassalam.....

Rabu, Oktober 14, 2009
WASIAT NABI JUNJUNGAN KEPADA SYAIDINA ALI R.A.
Wahai Ali, bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1- Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2- Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3- Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1- Jujur dalam berkata-kata
2- Menjauhi segala yang haram
3- Merendahkan diri
Wahai Ali, Bagi orang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1- Takut berlaku dusta dan keji
2- Menjauhi kejahatan
3- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali, bagi orang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1- Merahsiakan ibadahnya
2- Merahsiakan sedekahnya
3- Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1- Mengawasi dirinya
2- Menghisab dirinya
3- Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
Marilah kita merenung wasiat yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W ini dalam kehidupan kita seharian.

Langgan:
Catatan (Atom)