Profile

YADIM Zon Utara mula beroperasi pada 2 Mac 2004. Penubuhan yang terbentuk hasil daripada cetusan idea oleh Yang DiPertua YADIM pada ketika itu, iaitu al-Ustaz Dato Hj Nakhaie Bin Ahmad. Di mana beliau melihat perlunya mekanisme yang lebih tersusun dan terancang dalam aktiviti dakwah khususnya kepada YADIM itu sendiri. Bermula hanya dengan 2 orang kakiitangan seterusnya bertambah dari semasa ke semasa, sehingga sekarang YADIM Zon Utara mempunyai 12 orang kakitangan yang komited dalam membangunkan usaha Dakwah di kawasan wilayah utara ini.
YADIM Zon Utara bertanggungjawab dalam membangunkan dan terlibat dengan aktiviti masyarkaat di tiga buah negeri iaitu Kedah, Penang, Perlis dan sekitar Utara Grik. Banyak program yang telah dibuat dan dirancang terarah kepada menjana `modal insan` masyarakat khusunya orang Islam. Sehingga kini, permintaan terhadap program semakin bertambah.

Antara produk yang disediakan oleh YADIM Zon Utara ialah


  • Wacana Motivasi Remaja
  • Seminar Peningkatan Modal Insan
  • Seminar Sehari Islam Hadhari
  • Seminar Penghayatan dan Kepimpinan Islam
  • Islam Ideal (eye On Eye)
  • Wacana Motivasi Penjara
  • Sukarelawan Al-Falah
  • Forum Perdana Ehwal Islam
  • Bengkel Pengurusan Jenazah
  • Bengkel atau Klinik Solat
  • Program Masih Ada Yang Sayang Bersama Masyarakat Orang Asli


Pihak YADIM Zon Utara juga bersedia untuk dijemput sebagai fasilitataor atau pun konduktor majlis sekiranya tiada pertindihan program.
Selain itu pihak YADIM Zon Utara juga mengalu-alukan sebarang kerjasama program dalam memartabatkan Dakwah di Malaysia.
Antara badan-badan yang sering bekerjasama dengan YADIM Zon Utara JAKIM, KASTAM , Kementerian Pendidikan Malaysia, INTAN, PERKIM, Kementerian Pertahanan Malaysia, Sekolah-sekolah sekitar utara, dan Persatuan-persatuan Daerah.

Selain itu, YADIM Zon Utara juga bertanggungjawab dalam memberikan penerangan kepada masyarakat mengenai isu- isu semasa yang berkaitan dengan Islam dan masyarakat Islam.