Memaparkan catatan dengan label Bro. Afifie.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bro. Afifie.. Papar semua catatan

Khamis, Mac 31, 2011

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam.

Rabu, Oktober 14, 2009

JANGAN BACA!

Mensyukuri nikmat ALLAH......saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah SWT. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran itu ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH KEPADA KITA. BEGITULAH PERANGAI KITA YANG TAK UBAH SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT.
Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang di minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di muka bumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan AR-RAHMAN dan AR-RAHIM. Allah menganugerahkan kurniaanNYA kepada semua makhluk, samada yang taat kepadaNYA atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? Allah masih sayang kepada hamba-hambaNYA meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebanyak 31 kali di dalam Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNYA.

:"Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?"

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan "Alhamdulillah", ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip amar ma`aruf, nahi mungkar atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konsisten dan terus-menerus.
Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan Allah. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNYA dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mnegetahui bahawa ramai di antara hambaNYA yang tidak bersyukur seperti dalam firmanNYA:-

"Sangat sedikit daripada hamba-hambaku yang bersyukur".

Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNYA yang bersyukur. Sekian.

Jejak Syurga atau Jejak Neraka?

kita sekarang dihidupkan oleh Allah,di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. selepas itu kita akan dikembalikan, samada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. sekarang kita sedang berjalan ke desitnasi yang kita pilih sendiri iaitu syurga dan neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. terpulanglah kepada kita untuk memilih samada jejak syurga atau jejak ke neraka. Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhamad SAW juga menguatkan lagi melalui hadith-haditnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikirian, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat daripada sesuatu tindakannya. setiap sesuatu itu ada sebab musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini dia memilih jalan ke syurga. begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka.
pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:-

  • beramal semasa muda lagi
  • bertolong-tolongan kerana Allah
  • jauhi diri dan keluarga daripada zina
  • mendidik anak kepada kewajipan beragama
  • mendirikan solat wajib dan sunat
  • bertahajud di tengah malam
  • menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALLAH.
  • bersedekah, menderma dan wakaf secara senyap
  • sembahyang berjemaah
  • menziarahi orang sakit
  • mendamaikan pergaduhan

pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:-

  • tidak mengajar anak-anak hal-hal kegamaan
  • kaya tapi bakhil
  • menipu
  • mengambil arak, dadah, danyang memabukkan
  • mengadakan majlis maksiat
  • berzina
  • memakan harta anak yatim
  • tidak mengeluarkan zakat
  • panjang angan-angan
  • tidak mahu bertaubat
  • meninggalkan sembahyang
  • derhaka kepada ibu bapa
  • berbuat fitnah
  • menggunakan sihir
  • dengki dan khianat

oleh itu sementara kita diberi peluang oleh ALLAH untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah kita bersama saling bantu membantu menegakkan amar ma`aruf nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi. sekian.