Rabu, Oktober 14, 2009

Jejak Syurga atau Jejak Neraka?

kita sekarang dihidupkan oleh Allah,di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. selepas itu kita akan dikembalikan, samada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. sekarang kita sedang berjalan ke desitnasi yang kita pilih sendiri iaitu syurga dan neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. terpulanglah kepada kita untuk memilih samada jejak syurga atau jejak ke neraka. Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhamad SAW juga menguatkan lagi melalui hadith-haditnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikirian, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat daripada sesuatu tindakannya. setiap sesuatu itu ada sebab musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini dia memilih jalan ke syurga. begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka.
pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:-

  • beramal semasa muda lagi
  • bertolong-tolongan kerana Allah
  • jauhi diri dan keluarga daripada zina
  • mendidik anak kepada kewajipan beragama
  • mendirikan solat wajib dan sunat
  • bertahajud di tengah malam
  • menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALLAH.
  • bersedekah, menderma dan wakaf secara senyap
  • sembahyang berjemaah
  • menziarahi orang sakit
  • mendamaikan pergaduhan

pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:-

  • tidak mengajar anak-anak hal-hal kegamaan
  • kaya tapi bakhil
  • menipu
  • mengambil arak, dadah, danyang memabukkan
  • mengadakan majlis maksiat
  • berzina
  • memakan harta anak yatim
  • tidak mengeluarkan zakat
  • panjang angan-angan
  • tidak mahu bertaubat
  • meninggalkan sembahyang
  • derhaka kepada ibu bapa
  • berbuat fitnah
  • menggunakan sihir
  • dengki dan khianat

oleh itu sementara kita diberi peluang oleh ALLAH untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah kita bersama saling bantu membantu menegakkan amar ma`aruf nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi. sekian.