Rabu, Oktober 14, 2009

WASIAT NABI JUNJUNGAN KEPADA SYAIDINA ALI R.A.

Wahai Ali, bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1- Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2- Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3- Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1- Jujur dalam berkata-kata
2- Menjauhi segala yang haram
3- Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1- Takut berlaku dusta dan keji
2- Menjauhi kejahatan
3- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi orang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1- Merahsiakan ibadahnya
2- Merahsiakan sedekahnya
3- Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1- Mengawasi dirinya
2- Menghisab dirinya
3- Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Marilah kita merenung wasiat yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W ini dalam kehidupan kita seharian.