Khamis, Mac 31, 2011

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam.

Isnin, November 16, 2009

Tanda- Tanda Kecelakaan

1. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya
2. Tiap bertambah amalnya, bertambah congkaknya
3. Tiap bertambahnya umurnya, bertambah pula lobanya kepada harta
4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya
5. Tiap bertambah pangkat dan keduduknya, bertambah jauhnya dari orang ramai

Tiap orang akan memperoleh kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain.

Timbulkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang itu sebelum anda mengemukakan kesukaan anda

Isnin, November 02, 2009

MAKSUD HADIS RASULULLAH

Hadis Abu Hurairah r.a;
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi diberi tanda sebagai bukti kenabian mereka,
tanda-tanda yang ditunjukkan itu boleh menarik perhatian umat masing-masing supaya
beriman dengan mereka. Sedangkan yang diberikan kepadaku hanyalah wahyu yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu, aku berharap, akulah yang paling ramai pengikut berbanding dengan mereka pada hari kiamat.

Selasa, Oktober 27, 2009

DOSA MEROSAKKAN HATI

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan jahat. maka jadilah hati sepeti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Hakikatnya orang yang melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadanya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Mas'ud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: " Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya.

Sesungguhnya juga kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.


Oleh yang demikian, hampirlah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.
Marilah kita renung bersamat-sama agar ianya menjadi pengajaran dalam kehidupan kita.Wassalam....

Rabu, Oktober 21, 2009

KEUNTUNGAN MUKMIN

Daripada Suhaib Ibni Sinan; Sabda Rasulullah s.a.w.: Keadaan seorang mukmin adalah mengagumkan, sekalian pekerjaannya adalah kebaikan untuknya. Kelebihan tersebut hanya untuk mereka bukan untuk orang lain, Sekiranya dia memperoleh kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu adalah kebaikan untuknya dan sekiranya dia ditimpa kesusahan atau bala bencana dia tetap bersabar, maka yang demikian itu juga adalah kebaikan(dapat pahala) untuknya (riwayat Muslim).

Maksudnya;

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan rasa kagumnya terhadap setiap orang mukmin. Segala urusannya adalah menguntungkannya sekiranya dia dikurniakan nikmat kesenangan dia bersyukur dan tidak akan menderhaka Tuhannya dengan nikmat pengurniaan tersebut, malah digunakan nikmat itu kejalan yang diredhai Allah. Dan sekiranya dia ditimpa bala bencana atau kesusahan hidup dia tetap menerimanya degan penuh sabar, maka untuknya juga pahala ganjaran yang berlipat ganda. Demikianlah keadaan mereka yang faham dalam agama dan arif dengan Tuhannya.

Kesimpulannya

Bersyukurlah bila memperoleh nikmat ksenangan dan bersabarlah ketika menghadapi kesusahan dan ujian Allah s.w.t. disamping terus berusaha. Demikianlah tanggungjawab hamba yabg faham dan benar-benar beriman. Wassalam...